Friday, July 31, 2009

Demi Redhamu Ibu dan Ayah












Sekitar Program Gemilang Pendidikan Islam PMR dan SPM 2009
18 Jun 2009


Ayah ibu ampunilah dosa kami semua
Ayah ibu doakan kami dunia dan akhirat

Dari kecil sehingga dewasa
Kau menyayang dan sering memanja
Menanam iman menyemaikan taqwa
Mengajar kami muliakan agama

Ayah ibu berkorban jiwa berkorban harta
Ayah ibu semoga Allah tinggikan derajatmu

Sebelum nyawa meninggalkan jasad
Sebelum suria terbitnya di barat
Kau amanahkan Al Qur'an dan sunnah
Jadi panduan di akhir zaman

Belaianmu masih terasa
Ya Allah tempatkan mereka di syurga

Kami cintakan Allah
Kami kasihkan rasul
Kami sayangkan Ayah
Kami sayangi Ibu


Rabbani 'Ayah Ibu'

Wednesday, July 29, 2009

Pergimu sebagai Syahidah...Marwa al Sharbini




Nukilan abu Najihah

Ketika ini media massa sibuk membincangnya perginya Yasmin Ahmad, seorang pengarah berbakat besar atau membincangkan kematian raja pop dunia.....tidak banyak liputan tentang seorang pejuang maruah agama yang syahid ditikam dan diratah kejam manusia tidak bermoral di ruang mahkamah kota Dresden,Jerman. Malah saya tidak hairan kalau ditanya kepada anda atau kebanyakan daripada kita tentang Marwa,pasti jawapannya mendukacitakan kita. Siapa Marwa Al-Sharbini?mengapa kita perlu menganal beliau?apa istimewanya beliau?

Marwah as-Syarbini

Seorang warga negara Mesir yang berkelulusan Phd dalam bidang farmasi, mengambil cuti kerana mengikuti suami tercinta menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan di Berlin, Jerman. Ini membawa makna keluarga Marwah berada di Jerman adalah urusan ibadat kepada Allah kerana memperkasakan ilmu kejuruteraan yang terkadangnya tidak dikuasai oleh orang bukan islam,maka kewajiban bertaraf fardhu Kifayah. Di Jerman , Marwa mempertahankan maruah diri apabila beliau dihina dan dikeji oleh seorang ( mewakili pandangan umum mereka )warga Jerman,ungkapan "terrorist" , pengganas dan anti kerajaan dilemparkan kepada beliau. Dan kerana mempertahankan syariat Allah dan maruah islam,beliau mengemukakan saman di Mahkamah...namun disinilah nyawa seorang Syahidah direntap oleh manusia keji....Al-fatihah buat beliau..


Bagaimana dengan masyarakat kita? Jika Marwa syahid lantaran memperjuangkan syariat menutup aurat...kita bagaimana pula?. Lihat sahaja kenyataan dari SIS (memang patut kecaman dibuat kepada mereka) yang berkaitan dengan syariat menutup aurat... Di KMPP sendiri, ramai yang memandang mudah dengan syariat ini.....pengambilan tahun ni lagi mencabar dengan jumlah agak besar bilangan pelajar yang belum diberikan hidayah untuk menutup aurat. Paling menyedihkan hati kita apabila bukan sahaja mereka tidak mahu mengikut syariat, malah mereka mempersenda dengan pelbagai alasan dan celaan...


Kita belum diuji dengan nyawa untuk mempertahankan agama tetapi ujian kita adalah nafsu yang serakah menolak agama...

Wednesday, July 1, 2009

Membina Peribadi Guru Cemerlang

Mengimbau kenangan sewaktu ingin mengisi borang UPU pada tahun 1999...
Lama memikir ke mana hala tuju selepas mendapat keputusan SPM. Cita-citaku sebenarnya nak melangkah ke UIA untuk law..
namun...selepas istikharah pilihan pertamaku UTM - Sains Pendidikan (Pengajian Islam)..
setelah dipanggil untuk sesi temuduga..alhamdulillah permohonan ku diterima.

20 Jun 1999...aku menjejakkan kaki buat pertama kali di bumi Johor..jauh di selatan tanah air..dalam hati sarat dengan harapan moga pengajianku seiring dengan keberkatan..alhamdulillah..

14 Julai 2003...aku ditempatkan di Sek Men Sultan Yussuf Batu Gajah Perak. sebenarnya..aku masih terlalu dahagakan ilmu..

18 Ogos 2003...aku memegang title graduan SPI UTM Skudai...meskipun diri terlalu kerdil dan cetek dengan ilmu..namun bagiku proses menuntut ilmu bkn tamat dengan segulung ijazah tergenggam di tangan kerana proses itu wajib diteruskan hatta ke liang lahad.

1 Januari 2007..aku berpindah ke SMK Convent Green Lane Penang..kerana mengikut suami

1 Januari 2008..aku ke SMK Perai pula kerana lebih dekat dengan rumah lebih kurang 55km sehari. alhamdulillah..

Aku berada di sini atas gelaran guru yang ku pohon dalam munajatku padaNya..maka Ya Allah..berikan aku kekuatan dalam ibadah kerja dan dakwah ku ini...

Sahabat-sahabat yang dikasihi..
Beruntunglah kita kerana berada dalam profesi ini...
Profesi yang tidak terpisah dengan tuntutan dakwah yang menjadi kewajipan..
Sabda Rasulullah SAW: "Sampaikanlah walaupn satu ayat.."

Terkadang
malu rasanya
dengan mereka yang jurutera
doktor, dan seumpamanya
yang lebih bersiap siaga sebagai tentera dakwah
dan komited dengan usrah
berbnding dgn kita

dan kita...
hanya memakan gaji buta
masuk dan keluar kelas begitu sahaja
itupun terkadang terlewat masuk dan awal pula keluarnya
acapkali juga tidak nampak muka
ternantikah anak-anak didik kita
atau mereka bersorak meraikan ketiadaan kita

Ya Allah..
berikan kami kekuatan
lantaran guru yang menjadi pilihan
kurniakan kudrat untuk kami mendidik
suntikkan ruh jihad untuk kami berdakwah
menggunakan wadah yang telah terhampar di depan mata

Jadikan kami Ya Allah..
para pendidik yang kreatif
guru-guru yang berdedikasi
murabbi yang sentiasa menyayangi
kerana jalan ini...
Kau anugerahkan kepada kami
menjadi amanah penentu syurga abadi

Jom bina peribadi guru cemerlang:

1. Berusaha untuk dtg awal ke sekolah
Rasulullah SAW bersabda: "Ya Allah ya Tuhanku, berkatilah umatku yang berpagi-pagi. (Riwayat al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad)

2. Amanah dengan masa
Jangan ponteng masuk kelas atau lewat sekiranya tiada hal penting. Setiap minit yang kita curi itu akan dihisab oleh Allah SWT.

3. Tekun dan bersungguh-sungguh mengajar.
Komitedlah dalam kerjaya kita. Sebagaimana sabda Rasulullah: "Sesungguhnya Allah menyukai apabila seseorg itu melakukan sesuatu, ia lakukan dengan rekun."
(Riwayat al-Baihaqi)

4. Menyayangi pelajar
Sayangilah mereka seikhlasnya. Jangan memilih dan membezakan ant yang cerdik dan yang lemah.

5. Kreatif
Pelbagai teknik dan kaedah mengajar. Jangan hanya menggunakan teknik chalk n talk. Sekiranya kita mempunyai masa perkhidmatan selama 20 tahun lagi, tidak jemu dan bosan kah kita dengan cara kita mengajar. Pelajar apatah lagi...Dek kerana itulah kdgkala kita malas n takde smgt untk mengajar. kerana kita telah bosan dengan cara kita sendiri.

6. Kerja sebagai ibadah
Jgn rasa rugi utk tekun dalam kerjaya. Indahnya Islam, tidak pernah memisahkan aspek kehidupan dgn ibadah. kerja kita ini adalah ibadah yang sentiasa dalam penilaian Allah. Apatah lagi sekiranya kita dpt membawa hati2 anak didik kita untuk mengenal dan dekat dgn Maha Pencipta...

Moga kita sama2 dapat menghargai amanah ini..