Thursday, May 21, 2009
Indahnya nikmat iman..
Dalam diam hatiku berbicara..sambil melihat keletah pelajar-pelajarku yang menginjak dewasa namun seperti tidak padan dengan usia. Lantaran perangai mereka yang keanak-anakan. Ada yang memanjat, ada yang berlari-lari, ada yang bergaduh dan ada juga yang berangan. "Awak semua ini sudah umur 17 tahun..bukan tujuh tahun..."Aku mula bersuara setelah hampir lima minit melihat karenah mereka. Kertas "pink" yang saban hari aku peroleh, ku genggam sehingga berkeronyok. "Cikgu ganti ka ini kelas" tanya seorang antara mereka..Ya..."Jawabku malas.
"Semua keluarkan buku grammar. Ada kerja yang teacher awak tinggalkan pada saya." Aku seolah-olah bercakap dengan kipas, siling, meja-meja dan kerusi. Begitulah hari-hariku sekiranya mendapat relief...
Sesungguhnya cukup berbeza, antara pelajar yang belum Islam dengan yang sedia Islam..
Sejahat mana pun anak muridku yang Islam, mereka tetap ramah dengan sapaan dan murah dengan senyuman. Berbeza dengan yang belum Islam, kehadiranku dalam kelas seolah-olah tiada dalam ada. Bukan kepada aku guru yang Islam malahan dengan guru-guru yang seagama dengan mereka sendiri. hatiku berbicara..bezanya kita lantaran nikmat iman dan Islam yang kita terima.
Saban waktu, lidahku sentiasa mengingatkan murid-muridku bahawa inilah nikmat terbesar dalam hidup kita...Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 3 yang bermaksud; " Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku cukupkan nikmatKu bagimu, dan telah Aku redhai Islam sebagai agamaMu...."
Sesungguhnya bersyukurlah kalian dengan nikmat iman dan Islam kurniaan Allah. Lahirnya kita berikrarkan "La ila ha illallah...Muhammadur Rasulullah". Besarnya nikmat mu Ya Allah..Moga langkahku terus mara demi redhaMu Ya Allah..
Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 35 yang bermaksud; "Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah untuk mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah di jalanNya, agar kamu beruntung."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment