Wednesday, June 10, 2009

Demi cinta Ilahi

Terdetik di hati..
Tatkala merenung jauh
Perjuanganku belum berakhir
Dan tidak mungkin akan berakhir

Ku renung ke bawah
Di sini bumi ku pijak
Adakah di situ Islam ku junjung

Menitis air mataku
Bila mengenang episod hidup semalam

Ya Rabbi...
Berikan kekuatan kepada hambaMu ini
Kerana ku yakin
Bahawa setiap ketentuanMu
Terbit dari hikmahMu

Ku cekalkan hati
Merentasi jalan yang penuh berduri
Kerana apa yang ku cari
Redha dan cinta Ilahi
Yang pasti akan ku miliki

InsyaAllah..

Maziah Mokhtar
Januari 1999

1 comment: