Wednesday, July 1, 2009

Membina Peribadi Guru Cemerlang

Mengimbau kenangan sewaktu ingin mengisi borang UPU pada tahun 1999...
Lama memikir ke mana hala tuju selepas mendapat keputusan SPM. Cita-citaku sebenarnya nak melangkah ke UIA untuk law..
namun...selepas istikharah pilihan pertamaku UTM - Sains Pendidikan (Pengajian Islam)..
setelah dipanggil untuk sesi temuduga..alhamdulillah permohonan ku diterima.

20 Jun 1999...aku menjejakkan kaki buat pertama kali di bumi Johor..jauh di selatan tanah air..dalam hati sarat dengan harapan moga pengajianku seiring dengan keberkatan..alhamdulillah..

14 Julai 2003...aku ditempatkan di Sek Men Sultan Yussuf Batu Gajah Perak. sebenarnya..aku masih terlalu dahagakan ilmu..

18 Ogos 2003...aku memegang title graduan SPI UTM Skudai...meskipun diri terlalu kerdil dan cetek dengan ilmu..namun bagiku proses menuntut ilmu bkn tamat dengan segulung ijazah tergenggam di tangan kerana proses itu wajib diteruskan hatta ke liang lahad.

1 Januari 2007..aku berpindah ke SMK Convent Green Lane Penang..kerana mengikut suami

1 Januari 2008..aku ke SMK Perai pula kerana lebih dekat dengan rumah lebih kurang 55km sehari. alhamdulillah..

Aku berada di sini atas gelaran guru yang ku pohon dalam munajatku padaNya..maka Ya Allah..berikan aku kekuatan dalam ibadah kerja dan dakwah ku ini...

Sahabat-sahabat yang dikasihi..
Beruntunglah kita kerana berada dalam profesi ini...
Profesi yang tidak terpisah dengan tuntutan dakwah yang menjadi kewajipan..
Sabda Rasulullah SAW: "Sampaikanlah walaupn satu ayat.."

Terkadang
malu rasanya
dengan mereka yang jurutera
doktor, dan seumpamanya
yang lebih bersiap siaga sebagai tentera dakwah
dan komited dengan usrah
berbnding dgn kita

dan kita...
hanya memakan gaji buta
masuk dan keluar kelas begitu sahaja
itupun terkadang terlewat masuk dan awal pula keluarnya
acapkali juga tidak nampak muka
ternantikah anak-anak didik kita
atau mereka bersorak meraikan ketiadaan kita

Ya Allah..
berikan kami kekuatan
lantaran guru yang menjadi pilihan
kurniakan kudrat untuk kami mendidik
suntikkan ruh jihad untuk kami berdakwah
menggunakan wadah yang telah terhampar di depan mata

Jadikan kami Ya Allah..
para pendidik yang kreatif
guru-guru yang berdedikasi
murabbi yang sentiasa menyayangi
kerana jalan ini...
Kau anugerahkan kepada kami
menjadi amanah penentu syurga abadi

Jom bina peribadi guru cemerlang:

1. Berusaha untuk dtg awal ke sekolah
Rasulullah SAW bersabda: "Ya Allah ya Tuhanku, berkatilah umatku yang berpagi-pagi. (Riwayat al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad)

2. Amanah dengan masa
Jangan ponteng masuk kelas atau lewat sekiranya tiada hal penting. Setiap minit yang kita curi itu akan dihisab oleh Allah SWT.

3. Tekun dan bersungguh-sungguh mengajar.
Komitedlah dalam kerjaya kita. Sebagaimana sabda Rasulullah: "Sesungguhnya Allah menyukai apabila seseorg itu melakukan sesuatu, ia lakukan dengan rekun."
(Riwayat al-Baihaqi)

4. Menyayangi pelajar
Sayangilah mereka seikhlasnya. Jangan memilih dan membezakan ant yang cerdik dan yang lemah.

5. Kreatif
Pelbagai teknik dan kaedah mengajar. Jangan hanya menggunakan teknik chalk n talk. Sekiranya kita mempunyai masa perkhidmatan selama 20 tahun lagi, tidak jemu dan bosan kah kita dengan cara kita mengajar. Pelajar apatah lagi...Dek kerana itulah kdgkala kita malas n takde smgt untk mengajar. kerana kita telah bosan dengan cara kita sendiri.

6. Kerja sebagai ibadah
Jgn rasa rugi utk tekun dalam kerjaya. Indahnya Islam, tidak pernah memisahkan aspek kehidupan dgn ibadah. kerja kita ini adalah ibadah yang sentiasa dalam penilaian Allah. Apatah lagi sekiranya kita dpt membawa hati2 anak didik kita untuk mengenal dan dekat dgn Maha Pencipta...

Moga kita sama2 dapat menghargai amanah ini..

1 comment:

  1. Maziah,
    siapa pun kita, masing2 punya tgjawab tsendiri dlm mjalankan amanah Allah dan syariatNya. Kita manusia kadang 'tlupa', bila pangkat dan harta mguasai minda..(nauzubillah). MOga taufik dan hidayahNya sentiasa mnerangi kehidupan kita semua. a.k.a ajen

    ReplyDelete