Monday, November 30, 2009

Salam Ulangtahun Perkahwinan Keempat


Berjauhan dgn suami tercinta buat seketika mengingatkanku kepada pengorbanannya...
Pagi2 di hari2 kami bekerja..suamikulah yg menguruskan anak..menghantar mereka ke nursery..setiap hari..
Di saat aku kalut di dapur, suamikulah yg bersama dgn anak2...
Di saat aku keresahan dgn kerja yg bertimbun, suamikulah yg menghulur tangan membantu..
Di saat aku gelisah kaulah penenangnya..
Ketika aku alpa dgn tanggungjwb sbg dai, suamiku lah yg mengingatkan..diaturnya segala agar aku istiqamah dgn kerja2 dakwah..Syukran ya habibi...

Kini, tanggal 10 Disember makin menghampiri. Tarikh itulah menjadi saksi..dua hati yg bertaut kerana Allah..Bukan harta, pangkat dan paras rupa menjadi sandaran..tetapi kerana iman dan taqwa yg menjadi pakaian..Aku cintakan dirimu kerana cintamu kepada Allah...jika hilang cintamu kepada Allah maka hilanglah cintaku padamu.

Hampir 4 tahun sudah perkahwinan kita...3 tahun hidup bersama..menempuh sgl suka dan duka. Isteri..sayap kiri kepada suami..tapi masakan bisa hanya dgn satu sayap shj, si burung boleh terbang tinggi..pasti mesti memiliki satu sayap lagi..
Suami dan isteri saling melengkapi..saling menampung sgl kekurangan..saling mengimbangi stp kelebihan..
Sepanjang 4 tahun ini, Allah kurniakan kpd kami barakah dan rezeki yg tdk tergambar nikmatnya. Anak2 penyejuk hati, rumah tangga yg bahagia sekali..

Kepimpinanmu sbg imam dlm keluarga amat terserlah. Menunjukku dan anak2 tauladan yg baik. Melayani karenahku dan anak2 yg kdgkala menguji kesabaranmu, dihadapi dgn penuh hikmah. Nasihatmu tentang dakwah sentiasa menjadi santapanku. Tak jemu2 dirimu mengingatkan aku tentang halaqah dan usrah..tentang tanggungjwb agar terus berdakwah sehingga kdgkala membuat ku malu akan diriku yg mempelajari bidang agama lebih drpd dirimu..Syukran ya akhi..

Doaku dlm stp munajatku padaNya..moga Allah melimpahkan mawaddah, sakinah dan maghfirah kpd kita sekeluarga..istiqamah dgn amalan..moga rumah tangga yg dibina kerana cinta kepada Allah ini mencambahkan benih2 taqwa di hati..agar zuriat2 kita nanti menjadi penyambung rantai2 perjuangan Nabi..demi meninggikan lagi syiar Islam di mayapada ini...

Tuesday, November 24, 2009

IMAN..AWAK TAK CUTI KE HARI INI??

Sekadar muhasabah buat hati dan diri ini yg sentiasa leka dan alpa. Astargfirullah...
Iman : Assalamualaikum, bos

Diri : Waalaikumussalam wbt. Lama tak nampak awak. Awak cuti ker?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi..

Diri : Laa..kenapa pulak awak cakap camtu? pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan awak takde..

Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil…VCD,SMS, TV… jadi kami rasa terpinggir

Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka. Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji, tapi banyak gak duit saya habis…entah ar

Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan memencilkan kami. ..Al Quran, Zikir,ma’thurat, solat… Malam tak boleh bekerja dengan mereka..kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..

Diri : Saya tak pernah minta kau bercuti

Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan sudah punya pekerja tambahan? Saya lihat mereka buat tuan gembira..

Diri : Argh, gembira apanya..Berterabur kerja kat pejabat tu!! Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali

Iman ; Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan tuan dari tuan di dalam rahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan kadang-kadang mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, En Dosa, tapi kami, tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga…

Diri : Maafkan saya, kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga, En Iman.

Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan memantau tuan, Dialah Allah. Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?

Diri : Janganlah menyalahkan saya.

Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih, dan amanah..Bukanlah saya nak memandang rendah pada jabatan baru En Dosa, tp kami tidak suka cara mereka bekerja. mereka meminggirkan kami

Diri : Dah awak tak melawan?

Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung tuan tak jaga..Sedangkan kami tidakpernah meminta gaji dari tuan. Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. salahkah kami meminta yg sedikit?

Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya

Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk tuan lagi.Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka. Siapalah kami..

Diri : Ehh, jangan..Bekerjalah dengan saya

Iman : Buanglah pekerja itu..Mereka meminta-minta dari tuan. Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami

Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya. Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh..saya rimas

Iman : (senyum sinis)..Maafkan kami tuan..kami minta diri dulu..tak perlulah kami berkhidmat dengan tuan kalau begitu..Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi..Tuan jangan risau, kami maafkan tuan..

Diri : Jangan pergi..saya sanggup pecat En Dosa..dan ahli jawatankuasanya, vcd, majalah yang melalaikan, dan sbagainya

Iman : Tuan betul-betul sanggup?

Diri : Ya, saya kelam kabut sekarang..Tak tenang, management berterabur..

Iman : Alhamdulillah. .kami free of charge..Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar..Silap hari bulan, CEO, Allah kita akan naikkan tuan ke pangkat yang lebih tinggi

Diri : Terima kasih..=)Panggillah ajk kamu bekerja semula. En Iman, saya akan jaga kebajikan kamu, panggillah En mathurat, En Zikir, En Solat,dan semua ahli jabatan kamu ya?

Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnya

Diri : Terima kasih pegawai kewanganku ..
Sekadar analogi mudah.. Begitulah diri kita.. Kitalah bos dalam syarikat kita. Jabatan dalam diri kita hanya ada dua. Jabatan Iman dan Jabatan Dosa. Kitalah yang perlu mengurus sebaik mungkin pekerja-pekerja kita. Memang susah untuk kita memenuhi setiap kehendak pekerja kita, memang susah untuk memastikan pekerja kita berbaik. Kerana antara iman dan yang dosa tidak mungkin bercampur. Bagai airsungai yang jernih, dimasukkan ke dalam gelas, segar dan nyaman airitu.. Namun apabila bercampur dengan lumut, selut dan kekotoran lain, maka begitu sukarlah untuk mebersihkan kembali. Begitu juga denganpekerja kita, andai terlalu diternak satu jabatan, maka jabatan lain akan terpinggir

“Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahayaAllah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat (nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis) , Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan- perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (an-nuur :35)

di ambil dr blog adik ct maryam(jepun)

Sunday, November 22, 2009

Fudhail Murshidi..kian membesar..


apa yg direnungkan nak..

Ahmad Fudhail Murshidi..kian menganjak ke usia setahun 2 bulan tidak lama lg..alhamdulillah makin kuat kakinya melangkah meneroka alam ini..segenap pelusuk sudut rumah dijejaki dgn berani..hatta kdg2 ke bilik air utk mandi sendiri (bahayanyer..) mulut pun makin kuat celotehnya.."nak di.."sambil buat gaya nak buka baju. "jom..jom..jom.."sambil tunjuk arah pintu nak jalan. "betoi betoi betoi" bila nampak gambar upin n ipin"..

bila dinasyidkan lagi "satu2 saya sayang....fudhail akan sambung.."Allah" dgn pelatnya..bahagianya menatap anak2 yg kian membesar..Kak Long Najihah yg akan ke Pasti tahun hadapan menjadi mentor Fudhail..segala yg kak long buat di buat, Kak Long pegang apapun dia nak..hatta kak long pakai cekak n tudung pun dia nak pakai..

anak2 ummi yg disayangi membesarkanlah kalian dgn ksh syg umi dan abah yg tak pernah pudar malah pelan hari pelan bercambah...moga ksh syg kami ini dtgnya dr ksh syg Ilahi agar keluarga dan rumah kita makin diredhai dgn rahmat dan maghfirahNya yg kekal abadi...

najihah, suami n fudhail tersyg..


bersama keluarga suami ke langkawi

Jom jadi Mukmin Profesional

Menarik sungguh isu Solusi ke 13 yakni mengenai MUKMIN PROFESIONAL..Saya dan suami memang tidak pernah ketinggalan memiliki majalah Solusi sejak dari keluaran pertama. Alhamdulillah..ternyata majalah ilmiah itu amat bermaanfaat segenap ruang aspek..Bagi sahabat dan sesiapa yg belum pernaah membacanya, cubalah cari..pasti kalian teruja utk terus mendapatkannya.

Selalu saya ingatkan kpd anak didik..bahawa kita yg beragama Islam ini membawa imej agama..maka tidak sempurnalah ilmu tanpa amal kerana ramai yg bijak pandai dan profesional tetapi masih alpa dgn syariat..malah ada juga nampak warak dari segi fizikal tetapi tidak profesional dlm tugasnya (yakni melakukan sesuatu kerja dgn tidak menepati piawaian yg sebenarnya) dan kdg2 dua situasi inilah yg membawa kpd pandangan negatif kepadaumat Islam..maka, janganlah kita tergolong dlm mereka yg berada dlm dua situasi ini.

Siapakah mukmin profesional?? Mereka yg berkemampuan menyepadukan pelaksaan fardhu ain dan fardhu kifayah, tanggungjawab hamba dgn khalifah, kesinambungan ilmu naqli dan 'aqli, kesucian zikir (kebersihan hati) dan kekuatan fikir(kecanggihan teknologi) dalam kehidupan.

Nabi Muhammad SAW qudwah terbaik seorg mukmin profesional.
Keunggulan Rasulullah SAW wajarlah dikaji dari seluruh aspek..bukan sekadar melihat ibadat dan amalan baginda yg sememangnya berada di makam yg tinggi yg tidak boleh kita pertikaikan. Selawat dan pujian buat baginda Rasulullah SAW.
Kita juga mesti melihat kejayaan baginda sbg usahawan berjaya, jeneral tentera di medan peperangan dan pendakwah serta pemerintah sebuah negara (Madinah).
Mengapakah baginda begitu cemerlang?? Selain drpd faktor 'mukmin' yg berkait rapat dgn sifat tulus, murni dan sucinya baginda, ada satu lagi faktor yg menyumbang kpd kejayaan baginda yakni faktor "Profesional".

Sebagai seorg yg bertugas dlm sebuah organisasi..wajarlah kita sbg muslim dan mukmin menjalankan tugas yg terbaik. Setiap tingkah dan akhlak kita menjadi tatapan rakan sekerja yg lain. Mungkin mereka menilai Islam dgn melihat kpd akhlak kita. Ketepatan masa, dokumentasi, cara kerja kita semuanya menjadi kayu pengukur kepada imej agama yg dibawa oleh kita. Sbg warga pendidik di Pulau Mutiara, saya memuji pengurusan Sektor Pendidikan Islam dan Moral JPN PP kerana bagi saya amat efisyen dan baik. Bukan saya shj yg berpandangan sedemikian,malah majikan dan rakan2 saya turut mengatakan hal ini juga..tahniah buat para ustaz dan ustazah JPNPP.

Kembalilah kpd Islam..itulah sbg penutup catatan saya. kerana realitinya umat Islam memahami dan mengamalkan ajaran Islam secara serpihan dan terpisah-pisah.
Firman Allah yg bermaksud "Sesudah itu, maka patutkah kamu hanya percaya kpd sebahagian (drpd isi) Kitab Taurat dan mengingkari akn sebahagian yg lain? Maka tiadalah balasan bg org yg berbuat demikian itu di antara kamu, selain kehinaan ketika hidup di dunia dan pada hari kiamat akan ditolak merka ke dlm siksa yg amat berat. Dan ingatlah Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yg kamu lakukan." (Al-Baqarah 2: 85)
(Sumber: Solusi:13)

Friday, October 23, 2009

Indahnya AlamMu

Oh Tuhan...syahdu nian mayaMu ini
namun syahdu lagi cintaMu
kesyahduanMu tiada bisa terurai
dek segala insan maya ini..

Oh Tuhan..akan ku ta'zim kemuliaanMu
akan ku semat keagunganMu
agar terbuka segala pintu hati ini
bersama belas hidayahMu

mataku melihat sang ombak
menongkah buih di lautan
lambaian nyiur selembut gemalai jejari
bagai menggamit ku ke sana
telinga ini mendengar
bisikan bayu kicauan burung
desiran ombak menyentuh hatiku ini
laranya hati mendambakan cintaMu

Ya Allah..sayunya hati bila terlafaz kembali bait-bait nasyid ini..
dah sekian tidak ku nasyidkannya..tiba2 teringat semula...
mula ku kenal nasyid ini adalah di tingkatan 4 ketika di SMKA Slim River
kdg2..ketika menasyidkannya..gugurlah mutiara2 kaca yang jernih dari mata ini..terima ksih Ya Allah kerana memberi ku ruang dan kesempatan mengenal erti cinta dan rindu pada MU...

Semalam..pelajar-pelajarku dan beberapa guru di bawah Kelab Koperasi meluaskan pandangan melihat kebesaran Allah di muka bumi ini dengan program lawatan ke Kelantan dan Terengganu. Hati ini terasa ingin pergi bersama, tetapi kerana urusan dan kekangan membataskan diri ini utk menyertai kalian.

"Sesungguhnya...dengan melihat keindahan alam ini..kita mampu mengenal erti kebesaran dan kekuasaaNNya. Maka akan bertambah pula rasa cinta dan rindu padaNya..kerana sememangnya hanya dgn mengingati Allah hati kita akan menjadi tenang."

Pandanglah sesuatu dgn pandangan drpd mata hati..kerana pandangan dgn mata hati memberi kesan yang tak terjangkau dgn mata tetapi akan dizahirkan dgn tindakan yg bersuluhkan iman...jgnlah memandang sesuatu dgn pandangan nafsu..kerana ianya akan merosakkan segalanya...juga tidak cukup dgn pandangan akal semata...kerana dgnnya kerap kita tersalah mentafsir sesuatu...

Friday, October 9, 2009

Jamuan Eidulfitri

Syukran buat Husna, Fatimah dan Afidah..yang sudi meluangkan masa dtg ke matrik. Kehadiran kalian menyerikan ukhuwwah yang telah terpatri..kedatangan kalian menghiburkan hati najihah dah fudhail murshidi..

ummi pun mengambil kesempatan dgn kehadiran adik-adik G8 untuk mengadakan sdkt jamuan birthday fudhail..dan plg best kek birthday dibuat sendiri dgn bantuan adik-adik G8.

dengan bantuan husna kek ummi menjadi ...fatimah n afidah tdk dilupa

dah nak siap...

jadi tak ???hehe

adik-adik yg dikasihi fillah..mengenali kalian adalah memori indah dlm hidup kak maziah...ukhuwah fillah takkan musnah..
moga ukhuwwah ini memekarkan bunga-bunga jihad di hati..dalam menegakkan syariat Allah di mayapada ini..ameen..

Thursday, October 8, 2009

Salam kejayaan

Salam kejayaan buat anak-anak didik yg dikasihi...
Selamat berjuang di medan peperiksaan..
Hari ini hari ke 3 pelajar-pelajar PMR menduduki peperiksaan. Setelah kalian berhempas pulas, bersenggang mata dan berkorban masa, jiwa dan tenaga..bulatkan tekad dan keyakinan dgn pergantungan semaksimanya kepada yang Maha Mengatur dan Memberi segalanya..itulah konsep tawakkal. Bukan sekadar berserah tanpa segunung usaha..itu hanya berjuang ibarat melepaskan batuk di tangga..
Seperti yg selalu ustazah titipkan..janji syurga buat para penuntut ilmu adalah untuk mereka yang bersungguh-sungguh mencintai ilmu. Buktikan kecintaan kalian kepada ilmu dengan kejayaan di medan peperiksaan. namun seandainya setelah berusaha, kalian tidak berjaya..anggaplah itu ujian dan didikan dari Yang Esa..Yang Maha Mengetahui setiap urusan hambaNya..Yang Maha Teliti dgn setiap keputusanNya..

antara sahabat yang bertungkus lumus di sekolah

Thursday, September 24, 2009

Syawal ini

Hari ini genap hari ke 6 kita telah berada di bulan Syawal....bulan kemenangan dgn perjuangan di bulan Ramadhan. Tepuk dada tanyalah iman..adakah sempurna puasa dan segala amalan.Layakkah kita meraikan kemenangan?? Andai tiada sedikit pun peningkatan amalan..Moga kita terus beristiqamah walaupun telah seminggu meninggalkan Ramadhan.

Indahnya Syawal ini. Berkumpul semua sanak saudara. Bertemu rakan-rakan lama yg bertahun tak jumpa. Hebatnya ikatan sebuah ukhuwwah..andai ianya terjalin kerana Allah..Bertemu tidak jemu.berpisah tidak gelisah..Aku inginkan hati yang damai..Damai dr sgl persengketaan..damai drpd sgl prasangka..alhamdulillah ianya subur dalam Ramdhan dan Syyawal ini.

5 Syawal..usia anak keduaku Ahmad Fudhail Murshidi mencecah setahun..
Terimbau dalam kotak memori ini, pada hari raya kelima tahun lalu..umi melahirkan Fudhail dalam suasana kehangatan hari Raya masih terasa..kelahiran yg lebih mudah dan cepat berbanding Najihah (anak sulong)..hebatnya seorg ibu..kesakitan pun menjadi nikmat tatkala mendakap anak buat kali pertama..

5 Syawal ini...Fudhail mula menapak kaki..nampak gian berjalan mungkin lantaran motivasi diri melihat Suhaim dan Zaimi (sepupu seusianya) yang telah berlari...

Kemaafan di Aidilfitri



Salam Aidilfitri buat semua ..pelajar, guru-guru, sahabat handai dan rakan taulan..andai ada kata yang mengguris jiwa, tingkah yang mengguris rasa, perasaan yg kdg kala diterjahi dgn syak wasangka..sesungguhnya diri ini amat kerdil lagi hina..maafkanlah segalanya..

ada masanya ketika ribut cabaran
melanda menerjah diri
pada sekeping hati, teralpa jua kita
pada kelembutan budi pekerti

ada ketikanya sering kita lupa lagi
pada halusnya nurani
terusik persaudaraan
tergurislah perasaan
walau itu bukan maksud dan tujuan

sampai masanya aidilfitri bertamu
di ruang waktu bagai biduk lalu
di samudera kalbu lalu kiambang
persaudaraan bertaut semula

terciptalah kemaafan, terukir keampunan
pada yang berkasih sayang kerana Tuhan
tak kan lama ianya terpisah
bertaut di hari raya

pada nur ramadhan yang terus membara
sinar kemeriahan syawal pun menyala
kita raikannya dengan indah bersaudara
menjadi sebagai tangan kiri dan kanan

yang sentuhan keduanya
saling membersihkan
kembali kepada fitrah
kepada ukhuwwah
kembali seluruhnya pada llah
berkah di hari raya

maafkan saja segala sengketa lama
yang membeku di jiwa
di bulan yang mulia hari yang bahagia
moga ukhuwwah terjalin selamanya

inteam

Wednesday, September 16, 2009

Izinkan aku bertemu dgnnya lagi..

Sebak hati ini dgn baki Ramadhan yang kurang 4 hari lagi. Sayu dan sendu lantaran nikmat beribadat di dalam bulan ini yg terasa nikmatnya..Syukur ku rafa'kan kerana diberi kekuatan beribadat berbanding tahun sebelumnya..Sedih sungguh untuk berpisah denganmu Ramadhan..bertemukah kita tahun hadapan...bersuakah kita lagi Ramadhan..
Terasa begitu bahagia berada bersamamu..Setiap hari teruja utk meningkatkan amal ibadat..Malam dihiasi dgn tahajud, zikir dan hajat..al-Quran sentiasa menjadi santapan rohani..
"Bersimpuh di penjuru waktu
Menghadap perpisahan yang makin terang
Sejenak bertanya kepada diri
Pilukah aku dgn perpisahan ini
Beratkah hati utk melepaskannya pergi
Sayukah qalbi kiranya tidak sempat bertemu lagi..
Atau tiada secalit resah pun yg melanda jiwa ini..
Ya Allah..
Moga Ramadhan ini mendidik diri..
Membawa hati makin dkt padaMu Ilahi..
Ya Allah..
Ampunkan seburuk apa pun tingkah laku kami
Terimalah segala amalan kami..
Agar Ramadhan yg kian pergi mengembalikan fitrah suci sekeping hati.."

Ya Allah..izinkan aku bertemu dgnnya lagi..wahai Ramadhan...

Thursday, September 10, 2009

Menanam benih-benih aqidah dalam jiwa anak


Aqidah ibarat akar tunjang pada sepohon pokok..andai rosaknya akar itu, maka mati dan layulah pohon tersebut..
Begitulah kiasan akan kepentingan aqidah dalam diri seorang muslim yang seringkali aku sampaikan dalam pengajaran di kelas. Bab aqidah bagi peringkat sekolah menengah adalah bermula dari asas aqidah Islamiyah yang diajar kepada mad'u tingkatan 1.

Kepincangan diri dalam melaksanakan kewajipan ibadat seperti solat, puasa dan sebagainya adalah kerana ianya berpunca drpd mslh aqidah yang goyah. Kerana itulah pentingnya menanam benih-benih aqidah dalam jiwa anak-anak sedari mereka dalam kandungan lagi. Perkara itu jualah yang kerap kali kuulangi kepada pelajar tingkatan 5 dalam bab munakahat. Tanggungjawab setelah bergelar bakal ibu dan bapa.

Betapa kadang2 aku memikirkan akan nasib generasi Islam dengan menatap wajah-wajah pelajarku. Seandainya mereka yang berada di hadapan ku ini tidak mampu ku didik..kesannya bukan sekadar kpd mereka tetapi kepada anak cucu mereka, kepada generasi Islam seterusnya. Masya Allah.

Alhamdulillah..pagi td, 20 Ramadhan 1430H, kami sekeluarga bersama Najihah dan Fudhail menunaikan solat Subuh berjemaah. Bangun awal pula dua-duanya. Najihah pantas mengambil telekung solatnya dan memakainya sambil si adik sangat riang tertawa melihat kak long lengkap dengan pakaian solat..maka kami berempat pun bersama-sama mengadap Allah sambil hatiku memohon moga anak-anakku dpt tunduk pada keEsaan dan keagunganMu. Pokok pangkalnya bermula drpd didikan ayah dan ibu.

"Umi..kenapa kita tak nampak malaikat Rokib dan Atid??" tanya Najihah yang sentiasa takut sekiranya ku katakan Malaikat Atid setia mencatat amal buruk yg kdg kala dia lakukan.

Jawab abah yg sdg memandu "Malaikat tak sama dgn kita. Malaikat dijadikan drpd cahaya."

"Ohh..kita tak nampak malaikat macam kita tak nampak Allah kan abah..tapi Allah dan malaikat nampak kita kan..." terkesima kami berdua dgn jawapannya.

Alhamdulillah..persoalan asas aqidah yg mungkin ditanam tanpa kami sedari difahami oleh anak yg berusia 2 tahun lebih...Benarlah akn pentingnya menanam benih aqidah sedari dalam kandungan.

"Fudhail jgn nangis...Allah kan ada jaga adik. Umi nak masak.." celotehnya pula pada Fudhail Murshidi...seperti seorang muallimah muda...

Moga kita diberi kekuatan memperkasakan ruh tarbiyah rohaniyyah dalam jiwa anak-anak kita..ameen..

Saturday, September 5, 2009

Bercerita tentang puasa..

Alhamdulillah..aku dan keluarga juga seluruh umat Islam telah berada dalam separuh masa kedua bulan Ramadhan...makin banyakkah ujian?? makin banyakkah halangan?? dan makin tinggikah keimanan??? dalam mengharungi fasa kedua Ramadhan ini... doaku moga kita tetap dilimpahi dgn kekuatan yg berpanjangan..agar Ramadhan ini makin indah dihiasi dgn amalan...

Selalu aku berpesan pd anak-anak didikku yg besar pjg namun masih culas dalam mengerjakan ketaatan tentang dua kegembiraan bagi org yang berpuasa. Masakan tidak ku katakan culas krn seminggu Ramadhan telah 4 hari meninggalkan ibadah puasa dgn alasan tak laratlah ustazah.."Anak penakan ustazah yg baru umur 6 tahun pun tak tinggal lagi puasa tau..."kataku dgn harapan mereka mengambilnya sbg satu pengajaran.. Tahniah daripada maksu buat Ahmad Faris Wajdan kerana berjaya berpuasa..harap penuh sepurnama Ramadhan.

Berbalik mengenai dua kegembiraan bagi org yg berpuasa sepertimana yg dimaklumkan oleh baginda Rasulullah SAW:
- Kegembiraan ketika berbuka puasa
- Kegembiraan ketika bertemu Allah di syurga

Satu adalah kegembiraan di dunia dan satu lagi adalah kegembiraan di akhirat. Mmg tdk dpt dinafikan betapa gembiranya kita setelah menjelang waktu berbuka..Kita yang tua ni pun gembira (tua ke??) apatah lagi anak-anak yg kecil yg baru mula bljr berpuasa..

Bercerita tentang puasa tahun ini..10 hari pertama puasa adalah cuti sekolah. Alhamdulillah dgn kelapangan masa yg ada..aku mencuba beberapa resipi yg sebelum ini belum pernah aku masak bg menggembirakan hati suami dan najihah. Ayam pandan, makaroni bakar, buah melaka dll.

Najihah masih belum belajar berpuasa tapi sekurang2nya aku ingin dia dpt merasakan akan kegembiraan bagi mereka yang berpuasa dan mungkin tahun hdpn dia boleh mula berpuasa.

Bagi hati seorang ibu seperti aku..dan begitu jg para ibu yg lain..alangkah bahagianya bila melihat makanan yg dimasak dimakan oleh suami dan anak2. Apatah lagi bila Najihah bersuara "Pandainya umi masak.." walaupun mungkin masakan itu hanya sedap baginya.

Thursday, August 27, 2009

Ramadhan ini..



Alhamdulillah..hari ini telah masuk hari ke 7 umat Islam berpuasa..
Ya Allah..berikan kami kekuatan untuk menghidupkan bulan ini dengan amalan..
Qiyamullail, zikir dan tadarus al-Quran..
Juga sedeqah harta, tenaga ataupun makanan..
Agar jiwa kami makin dekat dan tunduk pada keagungan..kebesaran dan keesaan Mu Ya Rahman..

Selamat berpesta ibadah dari kami sekeluarga buat semua..

Thursday, August 13, 2009

Syukran Kathira Ya Allah...


Pagi 11 Ogos..demamku semakin kuat. suhu mencecah 39.5
Badan rasa makin tdk dpt bertahan..air mata mengalir laju menahan kesakitan
suami menghantar anak ke nursery..
bibirku hanya melafaz kalimah Allah..Allah..
benarlah..ujian ini makin mendekatkan aku padaNya..
tinggi pergantungan ku pada Yang Esa agar diri ini masih diberi kesempatan menatap wajah-wajah insan tersayang..

Pagi itu juga suami membawa aku ke hospital lantaran demamku yg agak teruk. Doktor menasihati agar aku berehat di wad kerana bimbang anak-anak kecilku berjangkit. Aku terima walaupun hati agak berat krn bimbangkan anak-anak..

Alhamdulillah blood test menunjukkan aku ok..syukran kathira ya Allah...
Ujian itu banyak mengajar aku...
Mengingatkan aku untk sentiasa bersedia dgn kematian..
Menyedarkan aku akan dosa2 yg bertimbun..Ya Allah..
Menginsafkan aku bahawa benarlah Kata Nabi akan dua nikmat yg sering dilupa..nikmat sihat dan masa lapang..
Memantapkan keyakinanku akan hakikat kesabaran..kerana sesungguhnya sabar itu amat-amat indah..kerana ianya didikan terus dari Allah..

Syukran Kathira Ya Allah...kerana memberiku ujian ini..
moga ianya menjadi penebus segala dosaku pada Mu
Juga tanda bingkisan kasih Mu padaku

Syukran Kathira Ya Allah..
kerana memberiku kesempatan
membersihkan diriku dengan ujian
sebelum tibanya Ramadhan..

"Hamba Mu yang dhaif"

Wednesday, August 12, 2009

Pergi Tak Kembali


Tersentak aku dengan berita perginya Ustaz Asri Rabbani
Terngiang-ngiang bait-bait nasyidnya..
Terdengar-dengar alunan suaranya yang menyentak jiwa
dan menyemarakkan ruh untuk mara berkelana sebagai tentera dakwah..

Innalillah wa inna ilaihi rooji'un
Al-Fatihah..

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi


Pergi Tak Kembali
Munsyid : Rabbani

Catatan Buat Permata Hatiku...


Anak-anak umi
Tatkala umi menulis nota ini
Hati ini amat rindu pada kalian
Terbayang anak-anak umi yang comel dan gebu
Terdengar-dengar kalimah manja
Terasa hangatnya dakapan mesra

Anak-anak umi
Mengertilah bahawa
Setiap saat umi mengingati
Setiap detik umi merindui
Rindu pada gelak tawa
Dendam pada senyuman manja

Najihah..
Dirimu yang amat manja
Celoteh memanjang penghibur suasana
Kalimah-kalimah doa yang kau lafazkan
Bait-bait nasyid yang kau alunkan
Terngiang-ngiang di telinga umi

Fudhail..
Umi tahu..
pasti dirimu tercari-cari akan umi
Ternampak-nampak di mata ini
Dirimu yang mula menapak kaki

Mengalir air mata umi
Bila terlihat kelibat bayi
Terbayang saat pertama
Fudhail dalam pangkuan umi

Permata Hatiku
Rindu itu satu anugerah
Lahir dari hati yang tunduk pada Ilahi
Umi rindu pd damainya ketenangan
Kerana ketenangan hati umi hanya ada pada kalian

Salam sayang dari umi
'Nota hati umi'
229-1 Hospital Pantai Sg Petani

Sunday, August 9, 2009

Ummi Yang Demam

Hari ni masuk hari ke 2 aku diuji dengan ujian kesakitan.Astarghfirullahal 'adzim...

Hati ini amat rindu dengan Najihah dan Fudhail..Maafkan ummi kerana terpaksa berjauhan dengan kalian walaupun ummi dapat cuti 3 hari..dan diminta berehat di rumah..

Dengan simptom2 H1N1 yang ada pada ummi...ummi taknak anak2 ummi sakit..semalam, sebelum pi hospital, sempat ummi pesan pada Najihah..jaga adik baik2...jangan merap abah..

Mengalir air mata Najihah..

Sewaktu aku sedang diperiksa oleh doc, kakak ipar datang amik najihah n fudhail..dalam kereta, najihah berkata pada Fudhail "Jangan nangis ye Fudhail, Kak Long kan ada..Kak Long akan jaga adik.."
Itulah Najihah...

Ujian kesakitan..ni mengingatkan aku tentang dosa-dosaku..andainya ujian ini sebagai kifarah kepada dosa ku padaMu..aku redha Ya Allah demi keampunanMu..

Juga mengingatkan aku bahawa hidup ini sebuah persinggahan sementara...

Thanks abang..kerana menyiapkan segalanya..sarapan yang special, nasi anak ke nursery, makan minum n segala urusan anak..

Rasulullah bersabda yang maksudnya:
"Orang mukmin yg plg sempurna imannya ialah org yang plg baik akhlaknya. Org yang plg baik antara kamu semua ialah suami yg plg baik terhdp isterinya." (HR Tirmidzi)

Rindu pada mak..telefon mak seawal pagi...lepas dengar suara mak..terasa macam ada kekuatan..mungkin kerana suara itu telah menanggung seribu kepayahan dan penderitaan..badanku rasa makin sihat..alhamdulillah...

Sempat jg suamiku mencari artikel tentang breastfeed ketika sakit..

Should breastfeeding continue when mom is sick?

By Kelly Bonyata, IBCLC

It is very, very rare for a mom to need to stop breastfeeding for any illness. There are only a few very serious illnesses that might require a mom stop breastfeeding for a period of time or permanently. Per Dr. Ruth Lawrence, "HIV and HTLV-1 are the only infectious diseases that are considered absolute contraindications to breastfeeding in developed countries" (Lawrence & Lawrence 2001).

During any "ordinary" illness such as a cold, sore throat, flu, tummy bug, fever, mastitis, etc. you should continue to breastfeed. Just remind your doctor you are nursing so that if medications are needed he can prescribe something that is compatible with breastfeeding. Most medications are safe to take while breastfeeding, and for those that are not recommended there is almost always an alternative medication that is safe.

If mom has food poisoning, breastfeeding should continue. As long as the symptoms are confined to the gastrointestinal tract (vomiting, diarrhea, stomach cramps), breastfeeding should continue without interruption as there is no risk to the baby. This is the case with most occurences of food poisoning. If the food poisoning progresses to septicemia, meaning the bacteria has passed into mom's bloodstream (mom would most likely be hospitalized), see this guidance from Dr. Ruth Lawrence:

"Maternal infections of the genitourinary or gastrointestinal tract do not pose a risk to infants except in the rare circumstances when septicemia occurs and bacteria might reach the milk. Even in this event, continued breastfeeding while the mother receives appropriate antibiotic therapy that is compatible with breastfeeding is the safest course for the infant. If the infecting organism is especially virulent or contagious (e.g., an invasive group A streptococcal infection causing severe disease in the mother), breastfeeding should continue after a temporary suspension during the first 24 hours of maternal therapy. Prophylactic or empiric therapy for the infant, against the same organism, may be indicated." [source: Lawrence RM & Lawrence RA. Given the Benefits of Breastfeeding, what Contraindications Exist?
Pediatric Clinics of North America 2001 (February);48(1): 235-51.]

The best thing you can do for your baby when you're sick is to continue to breastfeed. When you have a contagious illness such as a cold, flu, or other mild virus, your baby was exposed to the illness before you even knew you were sick. Your milk will not transmit your illness to baby, but it does have antibodies in it that are specific to your illness (plus anything else you or baby have been exposed to) - they'll help prevent baby from getting sick, or if he does get sick, he'll probably not be as sick as you.
Withholding your breastmilk during an illness increases
the possibility that baby will get sick, and deprives baby
of the comfort and superior nutrition of nursing.

You can also take measures to prevent baby from getting sick by doing the usual things to prevent the spread of illness: washing hands often, avoid sneezing/coughing on baby, limiting face-to-face contact, etc .

When you're sick, it can help to just tuck baby into bed beside you and nurse lying down whenever baby gets hungry. If baby starts getting sick and not wanting to nurse, then see Baby refuses to nurse when sick.

Many times moms don't nurse frequently enough and don't get enough fluids to keep the milk supply going. Sometimes medications can cause your milk supply to diminish, as well. To avoid a decreased milk supply, drink plenty of fluids to avoid dehydration, continue to nurse often and avoid/limit medications (like antihistamines) that tend to decrease milk supply.

Alhamdulillah..ummi masih terus menyusukan fudhail kerana cita2 ummi utk full breastfeed fudhail selama 6 bulan pertama n teruskan sampai 2 thn..

Moga anak-anakku sentiasa dalam peliharaanNya..

Friday, July 31, 2009

Demi Redhamu Ibu dan Ayah












Sekitar Program Gemilang Pendidikan Islam PMR dan SPM 2009
18 Jun 2009


Ayah ibu ampunilah dosa kami semua
Ayah ibu doakan kami dunia dan akhirat

Dari kecil sehingga dewasa
Kau menyayang dan sering memanja
Menanam iman menyemaikan taqwa
Mengajar kami muliakan agama

Ayah ibu berkorban jiwa berkorban harta
Ayah ibu semoga Allah tinggikan derajatmu

Sebelum nyawa meninggalkan jasad
Sebelum suria terbitnya di barat
Kau amanahkan Al Qur'an dan sunnah
Jadi panduan di akhir zaman

Belaianmu masih terasa
Ya Allah tempatkan mereka di syurga

Kami cintakan Allah
Kami kasihkan rasul
Kami sayangkan Ayah
Kami sayangi Ibu


Rabbani 'Ayah Ibu'

Wednesday, July 29, 2009

Pergimu sebagai Syahidah...Marwa al Sharbini




Nukilan abu Najihah

Ketika ini media massa sibuk membincangnya perginya Yasmin Ahmad, seorang pengarah berbakat besar atau membincangkan kematian raja pop dunia.....tidak banyak liputan tentang seorang pejuang maruah agama yang syahid ditikam dan diratah kejam manusia tidak bermoral di ruang mahkamah kota Dresden,Jerman. Malah saya tidak hairan kalau ditanya kepada anda atau kebanyakan daripada kita tentang Marwa,pasti jawapannya mendukacitakan kita. Siapa Marwa Al-Sharbini?mengapa kita perlu menganal beliau?apa istimewanya beliau?

Marwah as-Syarbini

Seorang warga negara Mesir yang berkelulusan Phd dalam bidang farmasi, mengambil cuti kerana mengikuti suami tercinta menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan di Berlin, Jerman. Ini membawa makna keluarga Marwah berada di Jerman adalah urusan ibadat kepada Allah kerana memperkasakan ilmu kejuruteraan yang terkadangnya tidak dikuasai oleh orang bukan islam,maka kewajiban bertaraf fardhu Kifayah. Di Jerman , Marwa mempertahankan maruah diri apabila beliau dihina dan dikeji oleh seorang ( mewakili pandangan umum mereka )warga Jerman,ungkapan "terrorist" , pengganas dan anti kerajaan dilemparkan kepada beliau. Dan kerana mempertahankan syariat Allah dan maruah islam,beliau mengemukakan saman di Mahkamah...namun disinilah nyawa seorang Syahidah direntap oleh manusia keji....Al-fatihah buat beliau..


Bagaimana dengan masyarakat kita? Jika Marwa syahid lantaran memperjuangkan syariat menutup aurat...kita bagaimana pula?. Lihat sahaja kenyataan dari SIS (memang patut kecaman dibuat kepada mereka) yang berkaitan dengan syariat menutup aurat... Di KMPP sendiri, ramai yang memandang mudah dengan syariat ini.....pengambilan tahun ni lagi mencabar dengan jumlah agak besar bilangan pelajar yang belum diberikan hidayah untuk menutup aurat. Paling menyedihkan hati kita apabila bukan sahaja mereka tidak mahu mengikut syariat, malah mereka mempersenda dengan pelbagai alasan dan celaan...


Kita belum diuji dengan nyawa untuk mempertahankan agama tetapi ujian kita adalah nafsu yang serakah menolak agama...

Wednesday, July 1, 2009

Membina Peribadi Guru Cemerlang

Mengimbau kenangan sewaktu ingin mengisi borang UPU pada tahun 1999...
Lama memikir ke mana hala tuju selepas mendapat keputusan SPM. Cita-citaku sebenarnya nak melangkah ke UIA untuk law..
namun...selepas istikharah pilihan pertamaku UTM - Sains Pendidikan (Pengajian Islam)..
setelah dipanggil untuk sesi temuduga..alhamdulillah permohonan ku diterima.

20 Jun 1999...aku menjejakkan kaki buat pertama kali di bumi Johor..jauh di selatan tanah air..dalam hati sarat dengan harapan moga pengajianku seiring dengan keberkatan..alhamdulillah..

14 Julai 2003...aku ditempatkan di Sek Men Sultan Yussuf Batu Gajah Perak. sebenarnya..aku masih terlalu dahagakan ilmu..

18 Ogos 2003...aku memegang title graduan SPI UTM Skudai...meskipun diri terlalu kerdil dan cetek dengan ilmu..namun bagiku proses menuntut ilmu bkn tamat dengan segulung ijazah tergenggam di tangan kerana proses itu wajib diteruskan hatta ke liang lahad.

1 Januari 2007..aku berpindah ke SMK Convent Green Lane Penang..kerana mengikut suami

1 Januari 2008..aku ke SMK Perai pula kerana lebih dekat dengan rumah lebih kurang 55km sehari. alhamdulillah..

Aku berada di sini atas gelaran guru yang ku pohon dalam munajatku padaNya..maka Ya Allah..berikan aku kekuatan dalam ibadah kerja dan dakwah ku ini...

Sahabat-sahabat yang dikasihi..
Beruntunglah kita kerana berada dalam profesi ini...
Profesi yang tidak terpisah dengan tuntutan dakwah yang menjadi kewajipan..
Sabda Rasulullah SAW: "Sampaikanlah walaupn satu ayat.."

Terkadang
malu rasanya
dengan mereka yang jurutera
doktor, dan seumpamanya
yang lebih bersiap siaga sebagai tentera dakwah
dan komited dengan usrah
berbnding dgn kita

dan kita...
hanya memakan gaji buta
masuk dan keluar kelas begitu sahaja
itupun terkadang terlewat masuk dan awal pula keluarnya
acapkali juga tidak nampak muka
ternantikah anak-anak didik kita
atau mereka bersorak meraikan ketiadaan kita

Ya Allah..
berikan kami kekuatan
lantaran guru yang menjadi pilihan
kurniakan kudrat untuk kami mendidik
suntikkan ruh jihad untuk kami berdakwah
menggunakan wadah yang telah terhampar di depan mata

Jadikan kami Ya Allah..
para pendidik yang kreatif
guru-guru yang berdedikasi
murabbi yang sentiasa menyayangi
kerana jalan ini...
Kau anugerahkan kepada kami
menjadi amanah penentu syurga abadi

Jom bina peribadi guru cemerlang:

1. Berusaha untuk dtg awal ke sekolah
Rasulullah SAW bersabda: "Ya Allah ya Tuhanku, berkatilah umatku yang berpagi-pagi. (Riwayat al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad)

2. Amanah dengan masa
Jangan ponteng masuk kelas atau lewat sekiranya tiada hal penting. Setiap minit yang kita curi itu akan dihisab oleh Allah SWT.

3. Tekun dan bersungguh-sungguh mengajar.
Komitedlah dalam kerjaya kita. Sebagaimana sabda Rasulullah: "Sesungguhnya Allah menyukai apabila seseorg itu melakukan sesuatu, ia lakukan dengan rekun."
(Riwayat al-Baihaqi)

4. Menyayangi pelajar
Sayangilah mereka seikhlasnya. Jangan memilih dan membezakan ant yang cerdik dan yang lemah.

5. Kreatif
Pelbagai teknik dan kaedah mengajar. Jangan hanya menggunakan teknik chalk n talk. Sekiranya kita mempunyai masa perkhidmatan selama 20 tahun lagi, tidak jemu dan bosan kah kita dengan cara kita mengajar. Pelajar apatah lagi...Dek kerana itulah kdgkala kita malas n takde smgt untk mengajar. kerana kita telah bosan dengan cara kita sendiri.

6. Kerja sebagai ibadah
Jgn rasa rugi utk tekun dalam kerjaya. Indahnya Islam, tidak pernah memisahkan aspek kehidupan dgn ibadah. kerja kita ini adalah ibadah yang sentiasa dalam penilaian Allah. Apatah lagi sekiranya kita dpt membawa hati2 anak didik kita untuk mengenal dan dekat dgn Maha Pencipta...

Moga kita sama2 dapat menghargai amanah ini..

Wednesday, June 10, 2009

Cukuplah Mati Sebagai Peringatan


Sabda Rasulullah SAW:
"Perbanyakkanlah mengingati perkara yang membinasakan kelazatan (iaitu maut)"

(Hadis Hasan Riwayat al-Tirmidzi)

Tahun 2008 menjadi saksi aku berhadapan dengan tiga kematian insan-insan terdekat denganku.
25 Jun 2008, bapa mertuaku meninggal dunia setelah lebih 10 tahun beliau menderita sakit. Namun penderitaan kesakitan beliau tidak pernah menjadi penghalang untuk tetap memelihara ibadat wajib dan setiap malamnya tetap indah dihiasi dengan tahajud dan munajat. Hanya Allah sahajalah yang selayaknya mengetahui balasan apa anugerah buatmu.

10 Julai 2008, aku dikejutkan pula dengan pemergian sepupu yang amat rapat denganku. Sikapnya yang pemurah dan selalu menghiburkan hati orang lain tersimpan dalam lipatan kenanganku padanya. Moga Allah sentiasa merahmatimu.

12 Julai 2008, aku sekali lagi disentapkan dengan kehilangan bapa saudara suamiku. Pemergiannya tanpa sebarang duga. Menghembuskan nafas terakhir seusai membaca kalimatullah ketika hendak melelapkan mata.

Hal ini mengingatkan diri ini bahawa aku juga mungkin sudah tidak lama di persinggahan ini. Dunia hanyalah satu persinggahan dan akhiratlah destinasinya. Setiap insan pasti akan menempuh saat kematian.

Ya Allah...namun dalam tiap sujud dan doaku, ku pohon moga diberi keberkatan dan kepanjangan usia agar dapat disempurnakan segala yang menjadi kekurangan dalam abdiku sebagai hambaMu, isteri kepada seorang suami, ibu kepada anak-anakku yang masih kecil, anak kepada seorang ibu yang tua dan pendidik kepada anak-anakku di sekolah.

Ku tatapi dan terus membelek-belek sebuah buku "Malam Pertama di Alam Kubur" karya Dr. A'idh al-Qarni. Tertarik hati ini untuk membelinya lantaran rasa jiwaku kini yang kian gersang. "Sesungguhnya, ancaman besar yang memisahkan kita dengan akhirat adalah hati yang keras dan beku. Jalan menuju Allah bukannya jalan yang bisa ditempuh dengan telapak kaki tetapi dengan hati. Andai hati keras dan beku, mohonlah pertolongan Allah dan carilah penawarnya dari sekarang sehingga hatimu hidup kembali."

Cara mengubati hati yang keras sebagaimana yang digariskan oleh para ulama':
  • Membaca al-Quran
  • Lazimi diri dengan berzikir
  • Merendahkan diri dan banyakkan menangis di hadapan Allah.
Sabda Nabi SAW " Tidak ada sesuatu yang lebih disukai Allah SWT daripada dua titisan air ; iaitu air mata kesan daripada rasa takut kepada Allah dan titisan darah yang mengalir di jalan Allah (semaa berjuang menegakkan kebenaran)" Sunan at-Tirmidzi : 1592
  • Zikrul maut-mengingati mati
  • Menyaksikan sakaratul maut
  • Ziarah kubur

"Tiap-tiap umat mempunyai ajal, apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkan barang sesaat pun dan tidak pula dapat mendahuluinya." (Yunus : 49)