Thursday, September 10, 2009

Menanam benih-benih aqidah dalam jiwa anak


Aqidah ibarat akar tunjang pada sepohon pokok..andai rosaknya akar itu, maka mati dan layulah pohon tersebut..
Begitulah kiasan akan kepentingan aqidah dalam diri seorang muslim yang seringkali aku sampaikan dalam pengajaran di kelas. Bab aqidah bagi peringkat sekolah menengah adalah bermula dari asas aqidah Islamiyah yang diajar kepada mad'u tingkatan 1.

Kepincangan diri dalam melaksanakan kewajipan ibadat seperti solat, puasa dan sebagainya adalah kerana ianya berpunca drpd mslh aqidah yang goyah. Kerana itulah pentingnya menanam benih-benih aqidah dalam jiwa anak-anak sedari mereka dalam kandungan lagi. Perkara itu jualah yang kerap kali kuulangi kepada pelajar tingkatan 5 dalam bab munakahat. Tanggungjawab setelah bergelar bakal ibu dan bapa.

Betapa kadang2 aku memikirkan akan nasib generasi Islam dengan menatap wajah-wajah pelajarku. Seandainya mereka yang berada di hadapan ku ini tidak mampu ku didik..kesannya bukan sekadar kpd mereka tetapi kepada anak cucu mereka, kepada generasi Islam seterusnya. Masya Allah.

Alhamdulillah..pagi td, 20 Ramadhan 1430H, kami sekeluarga bersama Najihah dan Fudhail menunaikan solat Subuh berjemaah. Bangun awal pula dua-duanya. Najihah pantas mengambil telekung solatnya dan memakainya sambil si adik sangat riang tertawa melihat kak long lengkap dengan pakaian solat..maka kami berempat pun bersama-sama mengadap Allah sambil hatiku memohon moga anak-anakku dpt tunduk pada keEsaan dan keagunganMu. Pokok pangkalnya bermula drpd didikan ayah dan ibu.

"Umi..kenapa kita tak nampak malaikat Rokib dan Atid??" tanya Najihah yang sentiasa takut sekiranya ku katakan Malaikat Atid setia mencatat amal buruk yg kdg kala dia lakukan.

Jawab abah yg sdg memandu "Malaikat tak sama dgn kita. Malaikat dijadikan drpd cahaya."

"Ohh..kita tak nampak malaikat macam kita tak nampak Allah kan abah..tapi Allah dan malaikat nampak kita kan..." terkesima kami berdua dgn jawapannya.

Alhamdulillah..persoalan asas aqidah yg mungkin ditanam tanpa kami sedari difahami oleh anak yg berusia 2 tahun lebih...Benarlah akn pentingnya menanam benih aqidah sedari dalam kandungan.

"Fudhail jgn nangis...Allah kan ada jaga adik. Umi nak masak.." celotehnya pula pada Fudhail Murshidi...seperti seorang muallimah muda...

Moga kita diberi kekuatan memperkasakan ruh tarbiyah rohaniyyah dalam jiwa anak-anak kita..ameen..

No comments:

Post a Comment